30 Apr
30Apr

Penutup

Semoga segala kandungan yang dibincangkan  dapat membantu murid-murid dalam penulisan karangan. Diharapkan segala kandungan dapat dimanfaatkan dalam proses menghurai dan mengembangkan isi karangan dengan baik.  Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan menjadi seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Di samping itu, murid-murid dinasihatkan agar membaca bahan-bahan bacaan yang relevan dan sesuai untuk membantu proses pengolahan dan pengembangan isi karangan.  Selain itu, murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih untuk mengembangkan isi karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan. 

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan dalam mengolah karangan:

  • Mendalami tatabahasa.
  • Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
  • Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
  • Menambah pengetahuan dengan banyak keretan akhbar dan membaca.
  • Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
  • Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berjaya menyelesaikan tugasan penulisan blog karangan berbentuk fakta ini. Terlalu banyak ilmu bermanfaat yang dipelajari dalam kursus BMP 3093 Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini.

Oleh itu, disini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus BMP 3093 Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu iaitu Prof. Madya Dr. Adenan bin Ayob kerana telah banyak membantu dan mendidik saya selama  14 minggu ini.  Jutaan terima kasih juga diucapkan kerana begitu tekun dan sabar memberi bimbingan, didikan dan tunjuk ajar kepada saya selama ini tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu. Jasamu pasti akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Sumber

Awang Sariyan. (2002). Konsep kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chew, F. P. (2008). Budaya dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia (Jilid 1.). Kuala Lumpur: Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

https://www.academia.edu/8085185/Usaha-usaha_mewujudkan_perpaduan_kaum_di_Malaysia

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/bongkar-teknik-menulis-karangan-bahasa-melayu-yang-ohsem-ini-didedah-pelajar-cemerlang-spm-1.655263

https://youtu.be/jlYLld4McPU

https://youtu.be/mWal1K2hbPk

Sulaiman Masri, & Ahmad Khair Mohd Nor. (2004). Seni mengarang: Penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING